people

Layang Layang

Layang-layang adalah salah satu permainan tradisi melayu pada zaman dahulu. Permainan layang-layang ini menggunakan angin untuk membuatkannya terbang ke udara. Layang-layang selalunya bentuk empat segi dan mempunyai ekor dibelakangnya dan saiznya lebih kecil daripada wau
Permainan layang-layang ini amat menyeronokkan.
Selalunya permainan layang-layang ini boleh dimain hampir dimana sahaja asalkan tiada halangan angin.

Layang-layang sering dimainkan di kawasan lapang seperti, kawasan pantai, taman permainan, sawah padi dan dikawasan yang tiada halangan angin.

Revolusi Layang-layang


Kini Layang-layang tidak lagi dianggap satu permainan biasa dan dimainkan oleh kanak-kanak tetapi layang-layang kini telah menjadi satu acara yang meriah dan dipertandingkan dikebanyakan negara seperti Malaysia, India, Jepun dan pelbagai negara-negara lain lagi.

Kini bentuk layang-layang tidak lagi terhad kepada beberapa bentuk malah kini layang-layang telah berubah wajah dengan pelbagai bentuk dan saiz dipertandingkan.